17 FEBRUARI 2024, KEPONG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian ikan mati di Sungai Keroh, Kepong dan Sungai Kuyoh, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Kedua-dua sungai ini merupakan anak sungai yang bersambung dengan Sungai Klang. Hasil dari tinjauan, didapati Sungai Keroh berhampiran dengan kawasan komersial, perumahan, taman perindustrian dan Loji Rawatan Kumbahan. Manakala sekitar Sungai Kuyoh pula terdapat kawasan komersial dan perumahan.
Pasukan penyiasat JASWPKL telah melaksanakan pengukuran kualiti air sungai secara insitu bagi kedua-dua sungai tersebut dan siasatan susulan akan diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian ikan mati. Selain dari itu, JAS WPKL turut memaklumkan Jabatan Perikanan berhubung kejadian ikan mati di kedua-dua sungai ini bagi membolehkan agensi tersebut mengambil tindakan yang selanjutnya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut :
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKL