15 FEBRUARI 2024, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menjalankan siasatan berkaitan aduan bau busuk yang dikatakan berpunca daripada loji rawatan kumbahan berdekatan dengan kawasan perumahan di Batu Caves, Kuala Lumpur.
Hasil siasatan pasukan penguatkuasa JASWPKL mendapati tiada bau busuk yang dikesan di loji rawatan kumbahan yang diadu.
JASWPKL akan meneruskan siasatan dan pemantauan lanjut dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 ke atas loji – loji yang berkaitan. Adalah diingatkan bahawa pelaku jenayah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda mahkamah dengan maksimum RM 100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
JAS WPKL sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut :
- Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
- E-mel ke [email protected] ; dan
- Portal Aduan https://[email protected]
#NRES
#IWK
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKualaLumpur