Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH OLEH JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)
- Tahun
- 2024
- Tarikh Keluaran
- 03/03/2024
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
- Lokasi
- Kuala Lumpur
Penerangan
19 Februari 2024, WP Kuala Lumpur - Unit Pengawasan & Kesedaran JASWPKL telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah yang terletak di Wetland Putrajaya.
Stesen ini dikategorikan sebagai kawasan guna tanah bandar/separa bandar dan mempunyai 10 meter kedalaman.
Sebanyak tujuh (7) sampel air tanah diambil dan telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Kualiti air tanah dianalisa berdasarkan Standad Kualiti Air Bawah Tanah Kebangsaan.
Frekuensi pengawasan air tanah dilakukan sebanyak empat (4) kali setahun bagi tujuan memantau kualiti air tanah dan sebagai langkah proaktif dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah.
#NRES
#JabatanAlamSekitar
#JASWPKualaLumpur
#AlamSekitarTanggungjawabBersama