Penerangan
(1) LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 28.02.2024 (Rabu)
MASA : 07:00AM - 2:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PJ ZS, PPKK SJ & PJ ASAS
KAWASAN RONDAAN
Batu 7 hingga Batu 32 Jalan Labuk - Segaliud - Bukit Garam Kinabatangan,
TUGAS:
1. Pemeriksaan CAC di Prolific Yield Palm Oil Mill,
2. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
PROLIFIC YIELD PALM OIL MILL
1. Premis sedang melaksanakan kerja-kerja Desludging terhadap 2 unit Kolam Anaerobik, aktiviti berkenaan dilaksanakan dengan baik dan terkawal tanpa sebarang limpahan atau pun efluen memasuki alur air.
2. Empat (4) unit kolam Aeration perlu diselenggara dengan melaksanakan kerja-kerja desludging kerana terdapat sludge dan scum di dalam kolam-kolam berkenaan yang memyebabkan kolam-kolam berkenaan tidak berfungsi dengan baik.
3. Alat kawalan udara jenis ceramic multi cyclone yang telah dipasang belum berfungsi dengan baik, kerana masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan oleh kontraktor yang bertanggung jawab. Pihak premis dikehendaki mengarahkan kontraktor tersebut menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
4. Buangan Terjadual diurus dengan baik, distor, dilabelkan, disusun mengikut kategori yang sesuai dan diangkut keluar oleh kontraktor yang berlesen untuk dilupuskan di PYDT.
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Field Citation (2)
CATATAN:
Tiada
Cuaca :
Cerah Pagi & Petang
Sekian.
(2) LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SANDAKAN
TARIKH : 28.02.2024 (Rabu)
MASA : 2:00PM - 7:00PM
PEGAWAI PERONDA :
PPKK SSJ, PJ ASAS & PJ ZS
KAWASAN RONDAAN
Kampung Paris - Kinabatangan - Sandakan
TUGAS:
1. Pemeriksaan CAC di KKS Sungai Ruku.
2. Rondaan OMPT
PENEMUAN:
SUNGAI RUKU PALM OIL MILL SDN BHD
1. KKS telah mempertingkatkan keupayaan SKPU dengan nemasang SKPU jenis ESP dan beroperasi dengan baik.
2. Sistem pemantauan pelepasan asap cerobong iaitu CEMS bagi Dandang no. 1 berfungsi dengan baik sementara Dandang no. 2 dalam penyelenggaraan dan tindakan juruperunding.
3. BT diurus dengan baik oleh OYB, disimpan di dalam Stor Buangan Terjadual, dilabelkan, disusun dengan kemas dan pelaporan ESWIS dikemaskini. KKS mendapat kelulusan penstoran melebihi tempoh 180 hari dr JAS KK sehingga Mei 2024.
4. Perancangan kerja penyingkiran enap cemar akan dilaksanakan pada April 2024. KKS diingatkan utk memohon PB sebelum kerja penyingkiran enapcemar dimulakan.
5. Rekod pengurusan pelupusan TKKS hendaklah dikemaskini berkaitan kuantiti sebenar TKKS yg dilupuskan secara 100% dijual ke IPP. Kemudahan stor simpanan TKKS akan dimulakan pada Mac 2024 dimana award kepada kontraktor telah dikeluarkan.
6. OYB bagi BT dan POME telah disediakan. Rekod performance monitoring dilaksanakan dan dikemaskini.
7. Kawasan pengairan tanah diselenggara dan terkawal. Kerja kerja pembinaan semula komponen trenches sedang dilaksanakan di kawasan yg terjejas oleh aktiviti penanam semula. Tiada limpahan dan pintasan efluen berlaku.
RONDAAN OMPT
1. Tiada PT dikesan semasa rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. Field Citation (1)
2. Syor Notis Arahan (1)
CATATAN:
Tiada
Cuaca :
Petang : Cerah
Sekian.