PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 03/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 28.02.2024 (Rabu) MASA : 3.30 PM - 6.00 PM ANGGOTA : PPK WANA, PJ MKA TUGAS : 1. Siasatan PT di Jalan Luagan 2. Pemantauan PT di Jalan Kubu 3. Rondaan Darat ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Jalan Pintas - Selagon - Jalan Luagan RUMUSAN 1??? Siasatan PT di Jalan Luagan - Aduan diterima dari Pejabat Bomba Beaufort - Pasukan telah ke lokasi aduan dan mendapati akses terdekat dengan lokasi aduan adalah lebih kurang 300m. Tiada akses selamat untuk kenderaan masuk - Pemantauan melalui dron mendapati asap masih aktif - Pemeriksaan di apps JTUWMA Pro mendapati lokasi aduan adalah tanah berpemilik seluas 12 ekar dan pemilik tanah akan dikenalpasti dengan JTU untuk tindakan lanjut - Semakan di GIS mendapati jenis tanah di lokasi diadu adalah tanah gambut - Punca kebakaran tidak dapat dikenalpasti dan mengikut pemilik kebun sawit berhampiran PT dikesan berlaku sejak semalam tetapi petang ini baru dilaporkan kepada pihak Bomba kerana kebakaran telah merebak menghampiri kebun beliau. Beliau juga tidak mengenali pemilik tanah yang terbakar - Guna tanah sekeliling adalah kebun sawit dan belukar 2??? Pemantauan PT di Jalan Kubu - Lot yang terbakar telah dikenalpasi dan telah dirujuk dengan JTU Beaufort tetapi hanya maklumat nama pemilik sahaja diperolehi. - PT di Jalan Kubu yang dilaporkan kelmarin masih aktif terbakar - Pasukan akan meneruskan siasatan seperti berjumpa dengan JKK Kampung bagi mengetahui status tanah tersebut - Edaran risalah PT dan amaran lisan telah diberi kepada penduduk di sekitar Kg Baru TINDAKAN 1. Laporan pemantauan dron untuk dimajukan kepada pihak Bomba Beaufort bagi tujuan pemantauan 2. Teruskan pemantauan dengan dron. Cuaca: Panas Sekian

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan