PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 03/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 27.02.2024 (Selasa) MASA : 3.00 PM - 6.00 PM ANGGOTA : PPK WANA, PJ MKA TUGAS : 1. Siasatan kebakaran belukar di Jalan Pintas Kubu, Beaufort (aduan Bomba) 2. Rondaan Darat / pantau tanah gambut Lumat ?? KAWASAN RONDAAN: Beaufort - Jalan Pintas Kubu - Selagon - lumat RUMUSAN 1. Aduan diterima daripada Pejabat Bomba Beaufort memaklumkan ada kebakaran belukar di Jalan Pintas Kubu 2. Pasukan telah ke tempat diadu dan mendapati tiada akses untuk menghampiri lokasi aduan. Pemantauan menggunakan dron juga mendapati tiada akses selamat untuk memasuki lokasi. Pemantauan menggunakan dron telah dibuat dari 2 lokasi iaitu melalui akses terdekat di Jalan Kubu Baru dan di Selagon (perumahan terbengkalai Selagon) 3. Guna tanah disekeliling yang diadu ialah kebun kelapa sawit. 4. Pemeriksaan di apps JTUWMA Pro mendapati lokasi aduan adalah tanah berpemilik seluas 13.95 ekar dan pemilik tanah akan dikenalpasti dengan Jabatan Tanah & Ukur untuk tindakan lanjut. 5. Pemeriksaan di apps GIS mendapati kawasan terbakar bukan kawasan tanah gambut tetapi bersempadan dengan kawasan tanah gambut. Akan dilawat semula kawasan terbakar untuk menentukan longlat sebenar sebelum dirujuk ke JTU dan jika ada aktiviti pertanian yang menjadi punca kebakaran 6. Tinjauan udara ke arah tanah gambut lumat tidak mengesan PT TINDAKAN 1. Laporan pemantauan dron (aduan) untuk dimajukan kepada pihak Bomba Beaufort bagi tujuan pemantauan 2. Lawat semula kawasan terbakar dan rujuk JTU 3. Teruskan rondaan semasa musim kemarau Cuaca: Panas Sekian 27/2/24

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan