Penerangan
LAPORAN RONDAAN UNIT OMPT
TARIKH : 26.02.2024 (Isnin)
MASA : 2:00 - 5:00Pm
PEGAWAI PERONDA :
PP RK, PJ RZD & PMD Norman
KAW. RONDAAN:
Pejabat - KK - Inanam - Menggatal - Pejabat
TUGAS:
1. Siasatan 2 aduan PT.
2. Rondaan OMPT.
PENEMUAN:
1. Aduan pertama adalah tidak berasas. Tiada kesan PT di alamat rumah yang diadu. Tinjauan di kawasan rumah bersebelahan tidak dapat dilakukan kerana tiada wakil penduduk yang ditemui. Laluan ke bahagian belakang rumah perlu melalui pintu depan setiap rumah.
2. Aduan kedua adalah berasas. Terdapat kesan pembakaran sisa rumput di kawasan taman permainan kanak-kanak yang tidak diselenggara. Siasatan di rumah yang berhampiran dengan kesan pembakaran berjayai menemui pelaku. Pelaku melakukan pembakaran untuk melupus sisa rumput yang tidak diselenggara. Amaran melakukan PT telah diberikan kepada pelaku.
3. Sepanjang perjalanan, terdapat satu kebakaran belukar di kawasan Kingfisher. Kebakaran yang berlaku sedang dipadam oleh pasukan bomba.
4. Rondaan di kawasan kebakaran belukar yang diadu dalam Ekas (COUNTRY HEIGHT APARTMENT) mendapati tiada lagi kebakaran yang sedang berlaku. Pengadu telah dihubungi untuk menghubungi pihak bomba untuk tujuan pemadaman di kawasan belukar.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN:
1. 1 FC dan Edaran Risalah larangan melakukan PT.
Cuaca : Panas.
Sekian dimaklumkan.