Penerangan
1 Mac 2024, MELAKA - Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur ke atas sebuah premis fleet operator di Batu Berendam , Melaka pada 29 Februari 2024.
Hasil siasatan mendapati premis tersebut mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak premis telah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada setiap masa serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa kacauganggu kepada reseptor sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama