PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG

DOE Sabah 03/03/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
03/03/2024
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>BEAUFORT

Penerangan

LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG TARIKH : 25.02.2024 (Ahad) MASA : 1.00 pm - 5.00 PM ANGGOTA : PPKK JJ & PJ MKA TUGAS : 1. Rondaan darat pada hari pelepasan am. Pengaktifan PTPTK. ??KAWASAN RONDAAN: Membakut - Beaufort (Nukahan / Lumat / Sempadan HS Binsuluk) - Membakut. RUMUSAN 1. Tinjauan drone (poin 1) dibuat di bahu jalan Kg. Nukahan. 2. Tinjauan sekeliling kawasan tanah gambut semenanjung Klias mendapati tiada sebarang aktiviti PT dan paras air sistem peparitan dijangkakan mencukupi. 3. Pemeriksaan semula ke Kg. Lumat untuk memeriksa semula tanah belukar terbakar yang dilapor oleh Bomba mendapati tiada aktiviti PT atau pembukaan pembersihan tanah pertanian. 4. Menerbangkan dron (poin 2) daripada sempadan HS Binsuluk mendapati api kembali marak. Perhatikan gambar dron bertarikh 23/2/24, kelihatan sedikit asap; manakala gambar hari ni 25/2/24 nampak banyak asap. Ini menunjukkan hotspot bertarikh 22/2/24 tidak padam sepenuhnya dan kembali marak. 5. Tiada akses ke kawasan berkenaan. Rakaman dron menunjukkan paras sungai kecil dan peparitan dijangka mencukupi dan buat ketika ini ia bertindak sebagai fire breaker semulajadi. 6. Tindakan lanjut ialah memaklumkan Jabatan Perhutanan kejadian kebakaran diatas bufferzone HS Binsuluk. 7. Bagi kebakaran yang berlaku dalam lot bergeran, siasatan lanjut akan dibuat termasuk berjumpa dgn ketua kampung berhampiran dan carian pemilik tanah dengan JTU untuk dipanggil memberi keterangan TINDAKAN 1. Memantau aktiviti sekeliling memastikan tiada aktiviti PT. 2. Pemantauan menggunakan dron. Cuaca: Cerah/Panas/Berangin Sekian, dilaporkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan