Penerangan
(1) LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 24.02.2024 (Sabtu)
MASA : 12.00 pm - 4.00 PM
ANGGOTA : PPKK JJ & PJ ER
TUGAS :
1. Rondaan darat pada hari pelepasan am.
?? KAWASAN RONDAAN:
Kimanis - Membakut - Beaufort (Lumadan / Klias Peatland Centre / Gadong) - Membakut.
RUMUSAN
1. Tinjauan sepanjang laluan tiada menemukan sebarang aktiviti PT.
2. Tinjauan daripada menara tinjau Klias Peatland Centre tiada mengesan sebarang asap di kawasan HS Klias.
3. Pemeriksaan infrastruktur menara tinjau dan tiub telaga adalah baik.
4. Paras air dalam sistem peparitan dilihat dan dijangka mencukupi.
TINDAKAN
1. Memantau aktiviti sekeliling memastikan tiada aktiviti PT.
Cuaca: Cerah/Panas
Sekian, dilaporkan.
(2) LAPORAN RONDAAN JAS CAWANGAN SIPITANG
TARIKH : 24.02.2024 (Sabtu)
MASA : 1.00 pm - 5.00 PM
ANGGOTA : PPK AMM, PPK WANA & PO AY
TUGAS :
1. Rondaan darat pada hari pelepasan am.
2. Pemantauan fire prone area (TPS Beaufort).
?? KAWASAN RONDAAN:
Kimanis - Membakut - Kuala Penyu - Nukahan - TPS Beaufort - Membakut - Kimanis
RUMUSAN
1. Tinjauan di Kg. Tandian mendapati terdapat kepulan asap kecil dari arah HS Binsuluk. Tidak dapat dipastikan punca kerana tiada akses. Drone pada team JJ/ER. Besok drone digunakan untuk susul kawasan yg dikesan ada asap.
2. Terdapat kebakaran kecil lalang di bahu jalan utama Kg Nukahan. Penduduk setempat telah membantu memadamkan kebakaran. Penduduk tidak tahu pelaku PT dan kawasan sekeliling tiada aktiviti pertanian.
3. Terdapat kesan asap aktif dari Nukahan Kekuru (Kawasan HS Padas Damit). Kebakaran di kekuru pernah dilapor hotspot pada 20/2/24 dan disahkan padam sepenuhnya pada 22/2/24.
4. Tiada kebakaran dikesan di TPS Beaufort (Kg Muhibbah).
TINDAKAN
1. Memantau aktiviti sekeliling memastikan tiada aktiviti PT.
2. Teruskan pemantauan dengan dron.
3. Edaran risalah larangan PT kepada penduduk setempat
Cuaca: Panas dan berawan
Sekian, dilaporkan.
24/2/24