PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN KE PREMIS KAPAR ENERGY VENTURES SDN. BHD. BERHUBUNG PENGURUSAN FLY ASH (SW 104)

DOE WP Putrajaya 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KE PREMIS KAPAR ENERGY VENTURES SDN. BHD. BERHUBUNG PENGURUSAN FLY ASH (SW 104)
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE WP Putrajaya
Lokasi
Selangor

Penerangan

20 Februari 2024, Kapar – Bahagian Bahan Berbahaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat dengan kerjasama JAS Negeri Selangor telah mengadakan lawatan ke premis Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd. Delegasi JAS yang diketuai oleh Ts. Azlan Ahmad, Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya telah disambut baik oleh Tuan Haji Ahmad Asri Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd. Pihak KEV telah memberikan taklimat dan penerangan berhubung pengurusan fly ash (SW 104) dan praktis ekonomi kitaran yang telah dijalankan di premis tersebut. Untuk makluman, fly ash (SW 104) yang dihasilkan oleh loji janakuasa elektrik boleh diguna semula sebagai bahan tambah simen (cement additive) dalam penghasilan konkrit. Pendekatan ini merupakan salah satu inisiatif bagi menggalakkan pelaksanaan ekonomi kitaran buangan terjadual secara berterusan di Malaysia.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan