TARIKH : 26 Februari 2024 (Isnin)
MASA : 5.00 pm - 9.00 pm
LOKASI:
- Jalan Johan setia
- Jalan Kebun Nenas
- Jalan Tengah 2
- Jalan Tengah 3
- Jalan 9
- Jalan Sempadan
- Jalan 7
SHAH ALAM- Sepasukan anggota Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah melakukan rondaan dimulai dari Jalan Johan Setia dan melalui jalan-jalan seperti senarai diatas. Semasa rondaan melalui Jalan Tengah 2, Jalan Tengah 3 dan Jalan 9 mendapati terdapat longgokan sisa-sisa pembersihan kawasan pertanian, sampah domestik dan sisa kayu yang mana berpotensi besar akan dibakar.
Pemantauan paras air parit di sekitar kawasan pertanian Johan Setia berada pada paras biasa. Semasa melakukan rondaan pasukan rondaan tidak mengesan pembakaran terbuka. Rondaan akan terus diteruskan dari masa ke semasa bagi mencegah pembakaran terbuka.