Penerangan
SEPANG - Pada 20 Februari 2024, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD KLIA telah manjalankan Operasi Statik Bersepadu “Ops Gerak??. Dianggarakan sebanyak 198 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui SJR di sepanjang tempoh operasi. Sebanyak 6 buah kenderaan berenjin diesel telah ditahan untuk menjalani saringan secara visual dan diuji pelepasan asap menggunakan “Smoke Meter??.
Tindakan kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 beserta Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah disyorkan ke atas pemilik 2 buah lori. Kertas Siasatan akan dibuka untuk mendapatkan Izin mengkompaun daripada TPR di bawah Seksyen 45, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas pemilik 2 buah lori tersebut;
1 buah trak ringan dikenakan Notis Arahan di bawah Seksyen 48A(1), Akta yang sama berdasarkan ujian visual. Ujian menggunakan smoke meter tidak dapat dijalankan disebabkan ekzos dipasang spark arrestor.