Penerangan
29 Februari 2024, MELAKA - Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur ke atas sebuah Loji Rawatan Air (LRA) di Asahan, Melaka pada 28 Februari 2024. Hasil siasatan mendapati premis tersebut tidak mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Premis akan dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah peraturan tersebut.
Pihak premis telah diberi peringatan untuk mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada setiap masa serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa kacauganggu kepada reseptor sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama