Penerangan
28 Februari 2024, MELAKA – Pasukan Post EIA Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan lawatan penguatkuasaan ke satu tapak projek EIA perumahan oleh Tetuan Swiss Reliance di Mukim Sg Petai, Krubong, Melaka pada 27 Februari 2024.
Lawatan penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan penggerak projek mematuhi syarat-syarat EIA yang telah diluluskan pada setiap masa. Syarat-syarat EIA lazimnya merupakan langkah-langkah mitigasi meminimakan impak kepada alam sekitar yang dicadangkan oleh pemohon EIA dimana ia adalah hasil kajian EIA yang dijalankan.
Penggerak projek turut diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan kacauganggu kepada reseptor sekitar. Ketidakpatuhan akan diambil tindakan selaras peruntukan undang-undang didalam akta tersebut.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama