Penerangan
18 Februari 2024, KANGAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis telah menjalankan Ops Bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasaan Negeri Perlis antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Negeri Perlis.
Dalam operasi ini, JAS Negeri Perlis telah menjalankan penguatkuasaan bagi pematuhan pelepasan asap dan bunyi bising kenderaan bermotor berdasarkan kepada had yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 terhadap 18 buah kenderaan, iaitu 15 buah lori dan 3 buah motosikal dalam operasi bersepadu tersebut. Kesemua kenderaan tersebut telah diuji dan didapati mematuhi had yang ditetapkan.
JAS Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JPJ Negeri Perlis dan PDRM Negeri Perlis atas kerjasama erat dalam menguatkuasakan pematuhan pengguna jalan raya terhadap perundangan Agensi masing-masing.
Penguatkuasaan bagi pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan terus dipergiatkan agar pencemaran alam sekitar dapat dibendung bagi menjaga kelestarian alam sekitar Negeri Perlis.