PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Pengurusan JAS

PELAN TINDAKAN PEMBAKARAN TERBUKA KEBANGSAAN

DOE Melaka 29/02/2024 9 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PELAN TINDAKAN PEMBAKARAN TERBUKA KEBANGSAAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

28 Februari 2024, MENARA PERSEKUTUAN, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka ingin memaklumkan bahawa pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) susulan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara kini. Susulan itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengaktifkan PTPTK dengan langkah memaklumkan pembakaran terbuka merupakan suatu kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dimana jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, rondaan mencegah pembakaran dan penguatkuasaan turut dipertingkatkan di seluruh Negeri Melaka. Marilah sama-sama mencegah berlakunya pembakaran terbuka kerana alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan