Penerangan
Tarikh (Hari): 18 Feb 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 am - 6.00 pm
Lokasi:
•Jln Sekolah
•Jln Sopan
•Jln Sijangkang Utama
•Jln Kebun Nenas
•Jln Johan Setia
•Jln Tengah 1
•Jln Tengah 2
Kaw. Perindustrian Berjaya Park, Shah Alam:
•Jln Sg. Kayu Ara
•Jln Sg. Rasau
SHAH ALAM - Jabatan Alama Sekitar Negeri Selangor telah melakukan rondaan di beberapa kawasan tumpuan pembakaran terbuka (PT) di sekitar shah alam.
Sepanjang rondaan, tiada aktiviti pembakaran terbuka (PT) ditemui. Kebanyakan premis tidak beroperasi dan keadaan trafik dalam keadaan terkawal (lori-lori premis tidak beroperasi).
Tinjauan di sekitar longkang-longkang premis juga tidak menemui unsur-unsur pencemaran air atau pelepasan efluen tidak terolah ke longkang awam. Pemerhatian juga tidak mengesan sebarang pelepasan pencemaran udara.
Secara keseluruhannya, sepanjang kawasan rondaan adalah baik dan terkawal dari pencemaran.