Penerangan
TARIKH/HARI: 17 Feb 2024 (Sabtu)
MASA : 10.00 am - 6.00 pm
Lokasi:
1. Jalan Johan Setia
2. Jalan Haji Mat Yudin
3. Jalan Sopan
4. Projek WCE
5. Pinggiran bandar Parkland (Jalan Klang Banting)
6. Jalan Sijangkang Utama
7. Jalan Kebun Tambahan
8. Jalan Kebun Nenas
Hasil rondaan, semasa melalui jalan sopan, terdapat satu PT kecil di dalam kawasan kilang lama yg telah dikosongkan untuk membakar sampah sarap sisa perpindahan. Amaran telah diberikan dan Pekerja pembersihan telah diarahkan untuk memadamkan PT dengan kadar segera. Pegawai Peronda menunggu sehingga PT dipadam sepenuhnya sebelum meneruskan Rondaan ke kawasan sekitar.
Status ketinggian air di parit di sekitar kawasan revolusi hijau Johan Setia adalah di tahap sederhana. Rondaan diteruskan di kawasan perindustrian Kota Kemuning dan mendapati kebanyakan premis tidak beroperasi di sebelah petang. Pegawai juga telah melakukan pemeriksaan sekitar longkang premis di kawasan yang dironda. Tinjauan di sekitar longkang-longkang kawasan premis tidak menemui sebarang unsur pencemaran air atau pelepasan efluen tidak terolah ke longkang awam.
Secara keseluruhannya, keadaan kawasan rondaan samaada Kawasan revolusi hijau Johan Setia mahupun kawasan perindustrian adalah baik tanpa sebarang aduan dan pencemaran yang dikesan.