PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI PERLIS

DOE Perlis 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA OLEH JAS NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 24 FEBRUARI 2024– Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Perlis telah menjalankan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) ke atas beberapa lokasi kawasan yang mengalami cuaca kering di sekitar Chuping dan Beseri. Hasil rondaan yang dijalankan di sekitar kawasan tapak projek pembinaan, pasukan penguatkuasa telah mengesan satu longgokan bahan binaan yang sedang terbakar. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan satu Kertas Siasatan akan dibuka susulan kesalahan tersebut. Keadaan cuaca panas dan kering ketika ini telah meningkatkan risiko kebakaran di kawasan-kawasan seperti ladang-ladang pertanian, penternakan, tapak pembinaan dan belukar di negeri ini. Justeru itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka bagi mengelakkan impak kepada alam sekitar, kehilangan nyawa dan kerugian harta. Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama MetMalaysia sentiasa memantau kawasan-kawasan yang berisiko terbakar semasa keadaan cuaca panas dan kering. Kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikompaun sebanyak RM2,000 atau denda maksimum RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Kerjasama orang ramai adalah dipohon untuk melaporkan apa-apa kejadian pembakaran terbuka atau pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan