PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SISTEM SOLAR DI BAWAH PROGRAM RUMAH IBADAT HIJAU

DOE Negeri Sembilan 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SISTEM SOLAR DI BAWAH PROGRAM RUMAH IBADAT HIJAU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

SEREMBAN - JAS telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis perasmian sistem solar yang diadakan di Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng, Seremban. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam. Turut hadir YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan. JAS telah menyertai pameran yang mana ianya bermatlamat memberikan pendedahan tentang peranan dan fungsi JAS terutamanya dalam pencegahan dan kawalan pencemaran. Selain itu, ianya juga bertujuan mempromosikan kesedaran alam sekitar terutamanya berkaitan peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam memastikan kelestarian alam sekitar dipertahankan. JAS juga membuka pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) kepada orang awam dalam usaha mempergiatkan lagi pembudayaan kelestarian alam sekitar. "Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" #NRES #jabatanalamsekitar #jasn9 #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan