Penerangan
22 Februari 2024, KLUANG - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Kluang telah bersama-sama menjalankan Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Kilang Kelapa Sawit Daerah Kluang & Mersing anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Cawangan Kluang yang diadakan selama tiga (3) hari bermula 19 hingga 21 Februari 2024. Penguatkuasaan ini bagi memastikan kilang kelapa sawit sentiasa bersedia mematuhi syarat Lesen KKS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Cawangan Kluang terus komited melaksanakan tanggungjawab untuk menjalankan penguatkuasaan bersama-sama Jabatan dan Agensi penguatkuasaan di daerah ini dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin.