Penerangan
1 Februari 2024, PENGERANG - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Pengerang telah menjalankan pemantauan laut secara bersepadu dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Johor Timur (Perairan Pengerang). Pemantauan difokuskan di kawasan berpotensi berlaku pencemaran laut berpunca daripada aktiviti perkapalan.
Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.