PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS

DOE Perlis 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PERLIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

14 FEBRUARI 2024, Arau – Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan Program Pengawasan dan Persampelan Air Tanah di dua (2) buah Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah yang terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau. Program pengawasan ini dijalankan bagi mengenal pasti impak guna tanah sekitar stesen pengawasan berkenaan terhadap kualiti air tanah menggunakan dua (2) kaedah, iaitu secara in-situ menggunakan peralatan YSI Multi Parameter Water Quality Probe dan secara ex-situ melalui analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia bagi beberapa percontohan sampel air telah diambil. Keputusan analisis sampel air tersebut dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Tanah Kebangsaan. Bagi tahun 2022, kedua-dua stesen berkenaan telah merekodkan bacaan Indeks Kualiti Air (IKA) 87 dan 68, iaitu masing-masing pada kategori 'Baik' dan 'Sederhana'. Data-data yang dicerap melalui program pengawasan ini akan dikeluarkan dalam Laporan Kualiti Alam Sekeliling terbitan tahunan Jabatan ini untuk rujukan umum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan