PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

200 TAN BARANGAN PEMBUANGAN ELETRONIK HARAM DIRAMPAS

DOE Negeri Sembilan 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
200 TAN BARANGAN PEMBUANGAN ELETRONIK HARAM DIRAMPAS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

SEREMBAN : Pihak berkuasa negeri merampas 200 tan barangan pembuangan elektronik dari sebuah kilang yang beroperasi secara haram di premis tidak bernombor di Jalan Kuala Sawah, Rantau dekat sini, semalam. Berdasarkan siasatan awal, pemilik kilang ini disyaki warga tempatan sebelum menyewanya kepada warga asing dengan mengenakan bayaran RM38,000 sebulan. Dianggarkan berat sisa buangan adalah sebanyak 200 tan di mana lokasinya hampir 100 meter dari Sungai Linggi. Bahan buangan berkenaan dipercayai dibawa masuk ke negara ini dari Amerika Syarikat dan China melalui Pelabuhan Klang yang diisytihar secara salah. Kegiatan ini dipercayai didalangi oleh warga China manakala pekerjanya adalah terdiri daripada warga Myanmar, dan antaranya membabitkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) iaitu operasi peleraian sisa elektronik tanpa lesen. Premis berkenaan juga didapati tidak mempunyai sijil perakuan penginapan pekerja selain tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah membabitkan pekerja asing. Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap premis berkenaan kerana kegiatan terbabit boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat dan serbuan itu adalah hasil maklumat dan kerjasama orang ramai. Selain daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), agensi yang lain yang turut terbabit dalam serbuan itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Perhilitan dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan