PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN BUNYI BISING DI SUNGAI UDANG, MELAKA

DOE Melaka 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN BUNYI BISING DI SUNGAI UDANG, MELAKA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

05 Februari   2023, MELAKA - Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan  pengawasan bunyi bising selama 24 jam di  Taman Peruna, Sungai Udang , Melaka . Pengawasan dijalankan bermula dari jam 4.30 petang , 02 Februari 2024  sehingga jam 4.30 petang hari berikutnya. Pengawasan bunyi bising ini bertujuan memantau dan merekod pelepasan bunyi dari premis penapisan minyak terletak berhampiran  taman perumahan  dan Tadika Pusat Anak Permata Negara Sungai Udang yang bertindak sebagai reseptor sensitif. Pemantauan dijalankan adalah untuk memastikan premis mematuhi had yang dibenarkan iaitu 65dB pada waktu siang dan 55dB pada waktu malam dan menilai kecekapan peralatan penyerap bunyi yang telah dipasang oleh pihak premis. Hasil pemantauan  pada tahun ini mendapati premis mematuhi had yang dibenarkan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited dalam pengurusan aduan awam dan jika terdapat sebarang aduan, boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di talian 06- 2345720 atau 1-800-88-2727  atau mengadu secara atas talian di https://eaduan.doe.gov.my.    Diseru pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan