PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN PADA CUTI UMUM ISRAK MIKRAJ TERENGGANU,8 FEBRUARI 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan telah dijalankan di daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan setiu. Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan perindustrian, tapak pelupusan sampah, kawasan kampung dan taman perumahan serta tapak- tapak pembinaan. Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada keadaan yang baik. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan