Penerangan
JAS TERENGGANU TERUS PANTAU PUNCA PENCEMARAN DAN SIASAT ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA
TERENGGANU, 10 FEBRUARI 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan.
Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan penempatan kilang-kilang, tapak pelupusan sampah, kawasan kampung dan taman perumahan dan kawasan perindustrian.
Selain itu hasil siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka didapati berasas.Individu terbabit telah diberi amaran keras dan peringatan ianya tidak berulang.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran demi kesejahteraan rakyat.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama