PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

CUTI TAHUN BARU CINA JAS TERENGGANU TERUS KOMITED PANTAU PUNCA PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CUTI TAHUN BARU CINA JAS TERENGGANU TERUS KOMITED PANTAU PUNCA PENCEMARAN
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

CUTI TAHUN BARU CINA JAS TERENGGANU TERUS KOMITED PANTAU PUNCA PENCEMARAN TERENGGANU, 10 FEBRUARI 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kilang- kilang, tapak pelupusan sampah, kawasan kampung dan taman perumahan dan tapak pembinaan. Komitmen berterusan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran berada pada tahap pematuhan yang baik demi kesejahteraan rakyat. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan