PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN FOKUS UTAMA JAS TERENGGANU PADA CUTI UMUM NEGERI

DOE Terengganu 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PANTAU PUNCA PENCEMARAN FOKUS UTAMA JAS TERENGGANU PADA CUTI UMUM NEGERI
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PANTAU PUNCA PENCEMARAN FOKUS UTAMA JAS TERENGGANU PADA CUTI UMUM NEGERI TERENGGANU, 12 FEBRUARI 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus,Marang dan Hulu Terengganu. Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasng dilokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan. Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan perindustrian, kawasan kampung dan taman perumahan, tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap yang baik demi kesejahteraan orang awam. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan