Penerangan
OMPT DAN PEMANTAUAN PREMIS OLEH JAS TERENGGANU PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Kuala Terengganu, 23 Februari 2024, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menjalankan rondaan dan pemantaun ke atas punca- punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan melibatkan kawasan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.
Hasil rondaan dan pemantauan melibatkan kawasan perindustrian, tapak pelupusan sampah dan kawasan pantai , tiada kes- kes yang mencurigakan ditemui.
Selain itu siasatan aduan pembakaran terbuka didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran berskala kecil. Risalah Larangan pembakaran telah diedar pada penduduk berkenaan kesalahan daripada aktiviti ini sekiranya diteruskan.
Pemasangan banner juga telah dipasang di kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka berlaku.
JAS Terengganu terus komited menjalankan penguatkuasaan di negeri ini dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama