PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU KEMAMAN, 24 Februari 2024, pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus komited menjalankan penguatkuasaan ke atas punca- punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil siasatan, mendapati,tiada pembakaran terbuka sepanjang rondaan dijalankan. Pemantauan juga dijalankan di sekitar Kawasan Perindustrian dan tapak pelupusan sampah serta kawasan pembinaan, tiada aktiviti abnormal dan juga pembakaran terbuka ditemui sepanjang rondaan dijalankan. Pemeriksaan di penempatan kemudahan infrastruktur pencegahan kebakaran di kawasan tanah gambut yang sering terbakar semasa musim kering iaitu check dam dan tube well didapati berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman akan terus komited menjalankan penguatkuasaan dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin di negeri ini. #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan