PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

{HEBAHAN} PENGANJURAN WEBINAR PEMERKASAAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ARAH PEMATUHAN KENDIRI PREMIS

DOE Terengganu 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
{HEBAHAN} PENGANJURAN WEBINAR PEMERKASAAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ARAH PEMATUHAN KENDIRI PREMIS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

{HEBAHAN} PENGANJURAN WEBINAR PEMERKASAAN PEMAHAMAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KE ARAH PEMATUHAN KENDIRI PREMIS   Y.Bhg Datuk/Datin/Tuan/Puan,   Sukacita dimaklumkan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Alam Sekitar Negeri Terengganu (KASTER) akan mengadakan Webinar Pemerkasaan Pemahaman Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Ke Arah Membudayakan Pematuhan Kendiri Premis kepada semua Industri, Kontraktor dan Orang Yang Berwibawa (Competent Person) yang bertanggungjawab secara langsung di bawah Peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Webinar ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:   Tarikh: 06 Mac 2024 (Rabu) Masa: 8.00 pagi hingga 1.30 petang Tempat: Atas Talian (Webinar) CPD Hours: 2 Jam Yuran: RM180 Pendaftaran : Sila imbas QR kod untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.   Webinar ini merupakan platform Jabatan Alam Sekitar memberikan penjelasan yang komprehensif yang memfokuskan kepada kawalan pencemaran air, udara dan buangan terjadual sepertimana yang dikehendaki di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.   Selain itu, para peserta juga akan diberikan peluang untuk bersoal-jawab dengan penceramah bagi isu-isu yang berkaitan dengan pematuhan kendiri pihak industri.   **Tuntutan HRDC dibawah skim bantuan latihan (SBL) sahaja. Sebarang tuntutan hendaklah berhubung terus dengan pihak HRD Corp   YBhg. Datuk/Datin/Tuan/ Puan/ Pemaju Projek/Kontraktor, Pegawai Alam Sekitar (EO), pihak industri dan Orang Yang berwibawa.adalah dipelawa untuk menyertai webinar ini. Sama-sama kita jaga alam sekitar, alam sekitar tanggungjawab bersama   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan