PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

JAS TERENGGANU MEMENUHI JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT BERSAMA ASET-ASET PETRONAS

DOE Terengganu 29/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU MEMENUHI JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT BERSAMA ASET-ASET PETRONAS
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
29/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU MEMENUHI JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT BERSAMA ASET-ASET PETRONAS   KUALA TERENGGANU, 19 Februari 2024 – Penolong Pengarah, Encik Mohd Fahmi Azis dan   Penolong Pegawai Kawalan Tertinggi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah menyampaikan taklimat bertajuk “ Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Aktiviti Petrokimia dan Petroleum kepada seramai 60 orang peserta yang mewakili asset-aset PETRONAS di negeri ini yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pengendalian kawalan pencemaran air ,udara dan buangan terjadual di bawah pematuhan Akta Kualiti alam Sekeliling 1974 .   Pada sesi ini juga, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman turut hadir menjayakan program ini. Program “ Progress Toword?? #MZP, ini dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar, Prestasi Sosial dan Pengawasan Produk (ESPPS), Bahagian Kesihatan, Keselamatan, dan Alam Sekitar Kumpulan (GHSE) PETRONAS.   Puan Noor Suhailah binti Othman, Custodian Environment & Natural Resources dalam ucapan aluannya memaklumkan tujuan penganjuran program ini bagi berkongsi maklumat terutamanya dalam pengurusan alam sekeliling   JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PETRONAS di atas komitmen berterusan dalam memastikan alam sekitar kita sentiasa terjamin dan selamat untuk semua hidupan.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan