Penerangan
OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU MOTOSIKAL BERSAMA PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASA
Kuala Terengganu, 20 Februari 2024- Pasukan Penguatkuasa dari Unit Kenderaan Bermotor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu motosikal bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Operasi ini turut disertai oleh Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam operasi ini JAS Negeri Terengganu telah membuat pemeriksaan fizikal ke atas 150 buah motosikal. Sebanyak 7 buah motosikal telah diuji mengunakan sound level meter.
Hasil daripada pemeriksaan dan pengujian ini, 2 buah motosikal telah gagal mematuhi had bunyi bising yang ditetapkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor)1987.
Para pemilik motosikal diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Bermotor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama