Penerangan
23 Februari 2024, MELAKA- Syarikat Melaka Bekal dan Original Clay telah hadir ke pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyampaikan taklimat ringkas dan perbincangan kepada Tuan Pengarah JAS Melaka iaitu Encik Rosli bin Mustafa di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka pada 23 Februari 2023 (Jam 10.30 pagi) berkenaan permohonan permit Bahan Batuan (Batu Bata) di atas Tanah berimilik Lot 2611 dan Lot 4437 Mukim Machap, Daerah Alor Gajah, Melaka dibawah Seksyen 70 Kanun Tanah Negara 1965 untuk Tetuan Original Clay Industries Sdn. Bhd. Sesi mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Operasi JASNM iaitu Encik Janizan Abu Kasim dan Ketua Unit Input Pembangunan iaitu Puan Siti Shamsinar binti Annuar, Ketua Unit Penguatkuasaan ,Encik Azri Hanif Kamaruddin, Ketua Unit Post EIA En Azlee Kasmin Encik Hazwan Afif bin Mustamam (Penguatkuasaan) dan Puan Salina Amir (Input Pembangunan).
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam
#NRES