Penerangan
KOMITMEN BERTERUSAN JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN PANTAU PUNCA PENCEMARAN
TERENGGANU, 16 FEBRUARI 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman, terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di daearah ini.
Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan.
Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan penempatan kilang kelapa sawit, kawasan kampung dan taman perumahan
Selain itu, pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur check dam dan tube well di kawasan yg kering dan sering terbakar didapati berfungsi dengan baik.
Komitmen berterusan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu Cawangan Kemaman ini diharap dapat memastikan punca-punca pencemaran di daerah ini.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama