Penerangan
JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA PANTAU PUNCA PENCEMARAN
KUALA TERENGGANU, 3 FEBRUARI 2024- Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) serta memantau punca-punca pencemaran bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.
Hasli rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes pencemaran dan kejadian yang tidak diingini dikesan.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasng dilokasi yang berpotensi kejadian tersebut dilakukan. Ianya sebagai peringatan tentang kesalahan tersebut sekiranya diteruskan.
Kawasan rondaan dan pemantauan ini melibatkan penempatan kilang-kilang, tapak pelupusan sampah, kawasan kampung dan taman perumahan dan kawasan pantai.
Kesiap siagaan pasukan penguatkuasa JAS Terengganu bagi memastikan punca-punca pencemaran di negeri ini berada pada keadaan yang baik.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama