Penerangan
SYARIKAT BEROPERASI TANPA LESEN DIDENDA RM 10,000.00
TERENGGANU, 28 Februari 2024 - Mahkamah Sesyen Kemaman telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM 10,000 ke atas sebuah syarikat kemudahan pemerolehan kembali luar tapak, buangan terjadual yang beroperasi tanpa lesen di daerah ini pada 26 Februari lalu.
Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut telah menjalankan aktiviti pemerolehan kembali luar tapak buangan terjadual dan menjalankan kerja-kerja memproses buangan bateri asid plumbum dalam bentuk hancur yang dikategorikan SW102 Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 tanpa mendapat lesen terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.
Hakim, Puan Wan Suhaila Mohd membuat keputusan itu selepas wakil pihak kilang berkenaan mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan.
Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah Seksyen Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi pertuduhan tersebut dengan denda berjumlah RM 10,000.00.
Pemilik syarikat ini juga berdepan dengan hukuman penjara bagi kesalahan tersebut sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama