Penerangan
SYARIKAT KUARI GAGAL PATUHI NOTIS ARAHAN DIDENDA RM 10,000.00
KUALA TERENGGANU, 21 Februari 2024 - Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM 10,000 ke atas sebuah syarikat kuari yang beroperasi di daerah Hulu Terengganu.
Mengikut pertuduhan, syarikat ini gagal menyediakan orang yang berwibawa bagi mengendalikan pengurusan buangan terjadual dan sistem kawalan pencemaran udara.. Kesalahan telah dilakukan sekitar tahun 2023.
Hakim, Tuan Mohd Zul Zariquan Zulkifli membuat keputusan itu selepas wakil pihak kilang berkenaan mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan.
Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah Seksyen Seksyen 31(3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi pertuduhan tersebut dengan denda berjumlah RM 25,000.00.
Pemilik syarikat ini juga berdepan dengan hukuman penjara bagi kesalahan tersebut sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama