PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

KILANG SAWIT DIDENDA RM 25,000.00

DOE Terengganu 28/02/2024 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KILANG SAWIT DIDENDA RM 25,000.00
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
28/02/2024
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KILANG SAWIT DIDENDA RM 25,000.00   KUALA TERENGGANU, 19 Februari 2024 - Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM 25,000 ke atas sebuah kilang sawit yang beroperasi di Hulu Terengganu.   Mengikut pertuduhan, pihak kilang telah melakukan kesalahan melepaskan efluen (air buangan proses) yang tidak mematuhi had pelepasan yang ditetapkan. Kesalahan telah dilakukan sekitar tahun 2021.   Hakim, Tuan Mohd Zul Zariquan Zulkifli membuat keputusan itu selepas wakil pihak kilang berkenaan mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan.   Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah Seksyen 16 (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, bagi pertuduhan tersebut dengan denda berjumlah RM 25,000.00.   Pemilik kilang juga berdepan dengan hukuman penjara bagi kesalahan tersebut sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.   Sebagai pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kilang ini telah didakwa mengikut Seksyen 16 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan hukuman telah dijatuhkan mengikut Seksyen 16(2), Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.   #NRES #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan