Penerangan
SESI LIBAT URUS JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU BERSAMA FGV PALM INDUSTRIES SDN BHD
KUALA TERENGGANU, 15 FEBRUARI 2024: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Encik Ramli bin Abd. Rahman telah menerima kunjungan pegawai kanan FGV PALM INDUSTRIES SDN BHD bagi sesi libat urus berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada Rabu, 14 Februari.
Sesi libat urus ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Encik Zakaria Ahmad @ Mohd dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terenganu.
#NRES
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama