Penerangan
KUANTAN, 21 Februari 2024 - JAS Negeri Pahang meneruskan Operasi “Ops Gerak?? Bersepadu Sempena Penutup Tahun Baharu Cina bersama JPJ Negeri Pahang, IPK Negeri Pahang dan AADK Negeri Pahang kali di Jalan Kuantan - Kuala Lumpur.
Seramai enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 25 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol.
Tawaran kompaun berjumlah RM 8,000.00 dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan daripada ekzos kenderaan.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar bagi mengelakkan tindakan undang-undang.