Penerangan
ROMPIN, 20 Februari 2024 - Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Pahang Cawangan Rompin telah menjalankan pemeriksaan kilang dan menjalankan percontohan efluen pada takat pelepasan akhir kolam pengolahan efluen. Sampel efluen yang diambil akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan pembaikan serta mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar.