Penerangan
BERA, 19 Februari 2024 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar di Pejabat Unit Pengurusan Tapak RAMSAR Tasek Bera sempena Sambutan Hari Tanah Lembap 2024 yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad.
Antara aktiviti pameran kesedaran alam sekitar adalah demonstrasi penggunaan peralatan persampelan kualiti air secara in-situ dan promosi pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS) kepada komuniti setempat serta agensi kerajaan untuk menyertai Aktiviti Rakan Alam Sekitar.