Penerangan
KUANTAN, 19 Februari 2024 - Pasukan Penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah menjalankan pemeriksaan dan percontohan efluen ke atas kilang minyak kelapa sawit mentah di daerah Kuantan bagi memastikan pematuhan berterusan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Arahan di lapangan telah dikeluarkan kepada premis bagi mengambil tindakan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekitar.