PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

“OPS GERAK?? KENDERAAN BERSEPADU SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

DOE Pahang 26/02/2024 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
“OPS GERAK?? KENDERAAN BERSEPADU SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
Tahun
2024
Tarikh Keluaran
26/02/2024
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

PEKAN, 13 FEBRUARI 2024 - JAS Negeri Pahang meneruskan Operasi 'Ops Gerak' Bersepadu Sempena Tahun Baharu Cina bersama Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Pahang (IPK Pahang) dan JPJ Negeri Pahang dan lokasi operasi yang terpilih adalah di daerah Pekan di Jalan Kuantan - Pekan. Seramai enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 55 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol. Tawaran kompaun berjumlah RM 4,000.00 dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan daripada ekzos kenderaan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan