Penerangan
ROMPIN, 12 Februari 2024 - JAS Negeri Pahang telah menyertai Operasi 'Ops Gerak' Bersepadu Sempena Tahun Baharu Cina bersama Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Pahang (IPK Pahang) dan JPJ Negeri Pahang di 2 lokasi iaitu Jalan Segamat - Muadzam Shah serta Jalan Ibam - Rompin
Seramai enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 72 buah kenderaan khususnya yang berenjin diesel dan petrol. Tawaran kompaun berjumlah RM 4,000.00 dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melepaskan asap hitam melebihi had yang dibenarkan daripada ekzos kenderaan.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar bagi mengelakkan tindakan undang-undang.