Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 8 Februari 2024 - JAS Negeri Pahang telah menyertai Operasi 'Ops Gerak' Bersepadu Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina bersama Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Cameron Highlands dan JPJ Cameron Highlands.
Seramai sembilan (9) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah membuat pemeriksaan terhadap 85 buah kenderaan berenjin diesel dan petrol.
Tawaran kompaun berjumlah RM8,000 dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kerana melepaskan asap hitam daripada ekzos kenderaan melebihi had yang dibenarkan.
Orang ramai diingatkan supaya memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik dan tidak mencemarkan alam sekitar bagi mengelakkan tindakan undang-undang.