Penerangan
GEBENG, 31 Januari 2024 - JAS Cawangan Gebeng telah menjalankan satu lawatan tapak EIA terhadap projek ‘The Proposed Iron Ore Processing Plant’ di Kawasan Perindustrian Gebeng yang turut dihadiri oleh penggerak projek.
Tujuan lawatan adalah bagi memastikan penggerak projek mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA dan peraturan-peraturan berkaitan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Tindakan Field Citation diberikan kepada penggerak projek bagi melaksanakan tindakan pembaikan yang perlu diambil.
Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.